July 13, 2012

Kehidupan

Siapa sangka apa akan pada hari ini, berlaku? Xde siapa pun tahu, tapi Allah itu maha mengetahui akan segala kejadian di alam ini.
Memang pada mulanya diri ni terasa amat sedih, pening kepala dan juga rasa putus asa tapi takdir telah menemukan saya dengan kebahagian, di mana kebahagiaan ini hanya la nampak di mata saya sendiri. Dalam kan maksud dia? Tapi siapa sangka, impian yang dulu menjadi angan angan saya telah pun menjadi satu kenyataan dan ia begitu indah di mata dan juga di hati saya. Saya bersyukur kerana di berikan kekuatan untuk meneruskan hidup saya tanpa melihat ke belakang, pada saya yang dah berlalu biar la berlalu, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang telah di tetapkan oleh takdir itu.
Alhamdulillah, saya mula menyedari akan kesalahan yang di lakukan dan ingin mulakan kehidupan yang baru, lebih baik dan di terima di sisi Allah swt. Insya'Allah
Dalam entri ini saya tidak akan mendedahkan atau pun mengaitkan siapa siapa, cuma ini merupakan luahan hati saya dan blog ini juga la tempat saya menceritakan kisah kisah hidup ini. Mungkin ada sesetengah mereka akan mengata saya dan sebaliknya tapi saya terima akan nasihat yang datang daripada pihak anda semua untuk membetulkan salah dan silap saya.
Tapi saya cuma nak berikan kata kata semangat kepada anda semua di luar sana, jangan mudah putus asa, kuatkan semangat dan kesabaran insya'Allah yang baik akan menyusur kehidupan kita, insya'Allah.