July 17, 2013

Berwajah baru

lega mata aku bila berubahnya wajah blog aku ni..

bulan puasa ni aku lebih rajin memasak, al maklum la sekarang aku menjalani hari hari cuti aku, tidak d nafikan memang sangat bosan kadang kala waktu aku d habiskan sama ada tengok tv atau pun tido..

percaya atau tidak berat badan aku naik mendadak..

stress la katakan..

Realiti bukan mimpi

Buat pertama kali tahun ni aku bertanyakan soalan yang sama 'wujud lagi blog ni rupanya', tidak seperti tulisan tulisan aku yang sebelum, aku lebih men focus kan diri aku terhadap perkara yang aku lalui dalam mimpi, tapi aku lupa bahawa sekarang ni aku dalam keadaan terjaga tapi apakan daya, siapa yang tidak mahu hidup dia seolah olah dalam mimpi, ia kadang kala mimpi itu indah sekali.

sebelum aku panjangkan cerita, tidak lupa untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, walaupun ucapan aku telah melalui ramadhan banyak hari..

hidup aku bagaikan mimpi walaupun aku d alam realiti, kadang kala perkara yang tidak d jangka terjadi dan kadang kala perkara yang aku ingini, susah untuk d kecapi, tapi aku tak akan bersungut, sebab bagi aku, kehidupan aku baik sekali. ada masa aku jatuh, siapa yang tidak pernah jatuh bukan? jadi bagi aku itu satu lumrah kehidupan d mana, kadang kala kita ada pilihan untuk memilih

kehidupan aku telah d lalui dengan saat duka dan suka, d mana yang duka itu sering kali menjadi kisah lupaan aku, dan yang suka itu sentiasa dekat d hati aku, tapi ada ketika duka itu datang menyapa dan berjaya menyentuh sedikit sebanyak hati kecil aku dan aku akan sering kali menitiskan air mata, kalau la aku d beri peluang untuk memilih, aku akan pilih untuk delete kisah yang merupakan satu titik kesedihan dalam hidup aku..

tapi aku tidak akan pernah menyesal, kerana pengalaman itu mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa..

*pause*

rasa pelik bila selalunya aku type dalam komputer yang lebih besar berbanding komputer yang aku gunakan sekarang

*resume*

perasaan aku seolah olah mencurah segala d halaman putih yang penuh dengan tulisan hitam d atasnya..

d saat aku jatuh, sering kali aku mengeluh mengatakan 'kenapa..kenapa..kenapa..' tapi akhirnya aku masih tidak mengerti setiap jatuh aku, tapi setiap bangun aku, aku akan sering berkata 'betul la apa yang selalu d perkatakan d saat jatuh kita, ada hikmah d sebaliknya'

aku harap kali ni ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA

sekian..