MAMA (SITI SALMIYAH) |
Biarlah aku mulakan cerita kehidupan aku sebagai anak kepada mama yang melahirkan aku pada satu ketika dahulu. Aku di lahirkan pada tahun 1992, pada bulan ogos jatuh pada tarikh 26 hari bulan, pada ketika itu kedua ibu bapa bukan lah orang yang berada untuk melahirkan aku di hospital mahal di luar sana, mereka memilih hospital kerajaan yang bertempat di seremban, iaitu hospital besar seremban kerana bagi mereka apa yang penting adalah anak mereka selamat di sambut ke dunia ini, bukannya kemewahan mereka untuk melahirkan aku. Ini lah pengorbanan mama aku buat pertama kali aku di muka bumi ini, percaya atau tidak pada ketika itu mama sukar untuk melahirkan aku secara normal kerana mama mengalami kesulitan melahirkan anak dan aku juga merupakan puteri bongsu dan satu satunya anak perempuan mereka, mama aku meminta doktor untuk tidak di beri ubat tidur kerana ingin melihat aku di sambut di dunia ini, dengan keadaan yang sangat perit untuk melahirkan aku, saat aku keluar dan pertama kali aku menangis, mama aku menitiskan airmata, bukan kesakitan tapi kegembiraan dengan tangisan aku pada hari itu, itu lah pengorbanan mama buat kali pertama.
Bermula lah pengorbanan yang kedua mama aku terhadap aku, pada ketika itu aku berumur 12 tahun, masa itu bulan puasa, aku bergurau dengan abang aku tapi nasib tak menyebelahi diri aku, aku terlanggar teko air lalu pecah seribu di lantai tapi yang peliknya aku dengan tak sengaja terpijak salah satu kaca yang menyebabkan kaki aku di jahit 10 jahitan, pada ketika itu, mama aku terus lupakan masakan yang ada di stove untuk berbuka dan terlupa dirinya yang sedang berpuasa lalu bergegas menghantar aku ke hospital, sekali lagi mama aku menitiskan airmatanya melihat keperitan diri aku pada ketika itu, walaupun pada ketika itu azan sudah berkumandang tapi mama sikit pun tidak menyentuh makanan untuk berbuka kerana terlalu risau akan keadaan aku pada ketika itu, mama hanya minum untuk melepaskan dahaga berpuasa, aku berasa sungguh kecewa pada ketika itu kerana membuat mama menangis.
Dan banyak lagi pengorbanan mama terhadap aku sehinggakan hari ini..
Aku menyedari bahawa terlalu banyak pengorbanan seorang ibu terhadap anak anak mereka, terlalu banyak untuk di tulis di sini tapi aku pasti kamu semua sedar akan setiap pengorbanan yang di lakukan oleh ibu kamu, jangan biarkan ibu kamu seorang, jangan biarkan ibu kamu menangis dengan sikap kamu, jangan biarkan ibu kamu mulai rasa kecewa dengan diri kamu, ingat lah pengorbanan mereka bermula pada hari kamu di lahirkan di dunia ini, jangan sia siakan ibu kamu, jangan sampai kamu terlambat untuk ucapkan tiga perkataan yang cukup bermakna pada seorang ibu, aku pasti setiap kamu tahu apa 3 perkataan yang aku maksudkan itu, 'maafkan aku mama'. Jangan menyesal apabila ibu kamu dah tiada dalam dunia ini, hargai la mereka selagi mereka masih bernyawa dan masih mampu untuk mendoakan kebahagiaan kamu di dunia dan di akhirat.
Dengan ini aku ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu sedunia..
No comments:
Post a Comment