May 12, 2012

Hari buat Mama

MAMA (SITI SALMIYAH)
Semua orang pasti mempunyai seorang ibu, ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat, ibu saudara dan ibu sekalian, tapi tahukah kita apa pengorbanan ibu yang telah mereka korbankan untuk kebahagian kita? Ini lah kadang kadang aku tak faham dalam dunia ini, aku sering terserempak dengan mereka mereka yang kadang kala berkasar bahasa dengan ibu mereka, aku rasa sangat sedih malah ada saat aku menitiskan air mata, kerana aku tidak faham akan karenah manusia di dunia, bukan lah aku cuba kritik mereka itu, kadang kala aku juga melakukan kesilapan tapi aku tahu juga di mana batas aku sebagai anak kepada seorang ibu.

Biarlah aku mulakan cerita kehidupan aku sebagai anak kepada mama yang melahirkan aku pada satu ketika dahulu. Aku di lahirkan pada tahun 1992, pada bulan ogos jatuh pada tarikh 26 hari bulan, pada ketika itu kedua ibu bapa bukan lah orang yang berada untuk melahirkan aku di hospital mahal di luar sana, mereka memilih hospital kerajaan yang bertempat di seremban, iaitu hospital besar seremban kerana bagi mereka apa yang penting adalah anak mereka selamat di sambut ke dunia ini, bukannya kemewahan mereka untuk melahirkan aku. Ini lah pengorbanan mama aku buat pertama kali aku di muka bumi ini, percaya atau tidak pada ketika itu mama sukar untuk melahirkan aku secara normal kerana mama mengalami kesulitan melahirkan anak dan aku juga merupakan puteri bongsu dan satu satunya anak perempuan mereka, mama aku meminta doktor untuk tidak di beri ubat tidur kerana ingin melihat aku di sambut di dunia ini, dengan keadaan yang sangat perit untuk melahirkan aku, saat aku keluar dan pertama kali aku menangis, mama aku menitiskan airmata, bukan kesakitan tapi kegembiraan dengan tangisan aku pada hari itu, itu lah pengorbanan mama buat kali pertama.

Bermula lah pengorbanan yang kedua mama aku terhadap aku, pada ketika itu aku berumur 12 tahun, masa itu bulan puasa, aku bergurau dengan abang aku tapi nasib tak menyebelahi diri aku, aku terlanggar teko air lalu pecah seribu di lantai tapi yang peliknya aku dengan tak sengaja terpijak salah satu kaca yang menyebabkan kaki aku di jahit 10 jahitan, pada ketika itu, mama aku terus lupakan masakan yang ada di stove untuk berbuka dan terlupa dirinya yang sedang berpuasa lalu bergegas menghantar aku ke hospital, sekali lagi mama aku menitiskan airmatanya melihat keperitan diri aku pada ketika itu, walaupun pada ketika itu azan sudah berkumandang tapi mama sikit pun tidak menyentuh makanan untuk berbuka kerana terlalu risau akan keadaan aku pada ketika itu, mama hanya minum untuk melepaskan dahaga berpuasa, aku berasa sungguh kecewa pada ketika itu kerana membuat mama menangis.

Dan banyak lagi pengorbanan mama terhadap aku sehinggakan hari ini..

Aku menyedari bahawa terlalu banyak pengorbanan seorang ibu terhadap anak anak mereka, terlalu banyak untuk di tulis di sini tapi aku pasti kamu semua sedar akan setiap pengorbanan yang di lakukan oleh ibu kamu, jangan biarkan ibu kamu seorang, jangan biarkan ibu kamu menangis dengan sikap kamu, jangan biarkan ibu kamu mulai rasa kecewa dengan diri kamu, ingat lah pengorbanan mereka bermula pada hari kamu di lahirkan di dunia ini, jangan sia siakan ibu kamu, jangan sampai kamu terlambat untuk ucapkan tiga perkataan yang cukup bermakna pada seorang ibu, aku pasti setiap kamu tahu apa 3 perkataan yang aku maksudkan itu, 'maafkan aku mama'. Jangan menyesal apabila ibu kamu dah tiada dalam dunia ini, hargai la mereka selagi mereka masih bernyawa dan masih mampu untuk mendoakan kebahagiaan kamu di dunia dan di akhirat.

Dengan ini aku ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu sedunia..

May 11, 2012

Laman sosial

Percaya tak kalau aku kata lebih 99 peratus penduduk dunia mempunyai laman sosial seperti facebook, twitter, myspace, friendster dan lain lain yang aku tak sebut, tapi itu lah adat dunia sekarang. Zaman sekarang, orang tidak lagi meminta nombor telefon atau pun email untuk berhubung, sebaliknya mereka lebih gemar meminta nama seseorang itu di laman sosialnya. Tapi tahu kah anda apa kesan kesan mempunyai laman sosial seperti yang aku sebutkan di atas mahupun yang aku tak sebut? Huh mari aku nak berikan sedikit kesedaran bagi bagi mereka yang rasa bangga mempunyai hampir semua laman sosial yang ada di muka dunia ni, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Laman sosial ini ada baik dan buruknya tapi kebanyakannya hanya lah keburukan sahaja, keburukan yang mampu merosakkan hubungan seseorang manusia dengan seseorang manusia, tapi siapa yang sedar akan semua sebab dan akibat bila melakukan sesuatu sampai lah satu masa dia sendiri berada di dalam situasi itu, jadi mari lah aku kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku berkenaan laman sosial ini. Pada satu ketika dahulu, aku mempunyai seorang teman yang istimewa, pada mulanya aku tidak bersangka buruk tapi lama kelamaan, aku berasa tidak senang duduk, malah mula lah fikiran aku memikirkan perkara yang bukan bukan sahaja, tapi seperti sangkaan aku, naluri seorang wanita selalunya tepat, bila aku log in kan diri aku untuk melihat perkembangan rakan rakan di laman sosial aku, ada nombor satu di atas butang mesej facebook aku, aku pun tanpa menlengahkan masa, aku terus melihat apakah isi kandungan yang ada di dalam mesej itu, apabila aku mula membaca perenggan pertama, aku hampir pitam dengan apa yang aku sedang baca, mana tak nya, seorang gadis muda, umur baya baya aku, menghantar satu mesej mengatakan dia selalu bermesej dengan teman aku itu, dengan bukti gambar dan sebagainya, aku rasa seperti aku sedang bermimpi, itu lah harapan aku, hanya lah mimpi tapi itu lah kebenaran yang aku temui setelah aku meletakkan satu kepercayaan aku pada teman aku itu.

Pada saat itu, aku mulai sedar akan betapa besarnya kesan laman sosial kepada satu perhubungan itu, tipu lah kalau aku kata semua manusia mampu menolak rasa ingin tahu dan mencuba, tapi itu lah yang selalu berlaku, tipu helah, daya tarikan para para rupawan dan jelitawan di luar sana merupakan satu rasa takut kepada semua pasangan yang bercinta di luar sana, mana tak nya, siapa yang tak takut kehilangan orang yang paling di sayangi, bukan lah aku maksudkan semua orang, tapi perkara ini subjektif, jadi, anda boleh ada lama sosial ini tapi ingat lah orang yang tersayang, jangan sampai lupa diri bila sesuatu yang datang itu menarik perhatian anda, ingat lah, jika ada sudah berpunya, jangan lah bermain dengan api.