September 24, 2012

Women voice's

When I was sweeping the floor, I came up with this topic, but there's dozen ideas came up at the same time, so I was trying my best to put it on this blog.

Men often calls women weak, but do they actually realize that we're not?

Why? Men perhaps ask

  • Well women gives birth, 70% of the women gives birth more than once. Do men gives birth? No they don't, and 15% of the men will faint for the first time looking at a woman when the time has come to deliver.
  • 20% in the world percentage of single mother raising the kids all by her self, without men in their life, they survive pretty well. 
conclusion: stop calls women weak

Men often calls women complicated, but do they actually when women are complicated?

Why? Men perhaps ask

  • Women being complicated because of men aren't, imagine when there's no proper planning in your family, how will your family turn to?
  • When it comes to feelings, women are always to be blame, do men knows that when women cried, women cried for 10years pain? Women didn't share how she feels, because women do know that men won't understand the problem.
conclusion: is it that hard to even listen?

I don't go against men, I even love one man, but please try to understand our feelings too, we're not asking much, just respect from men. We're not a toy to play with, we have feelings too. We have dignity too, same as men, there's not much different between men and women except the gender, men need women, so do women. Why can't men accept the fact? 

Women are complicated because men aren't, men more to simplicity, in thinking and also planning.
Women are not weak, women shows the weakness because women needs men to protect the weakness, not making fun of it.
Be a man who deserve a woman in your life, not a man who always play around with women hearts.

Women needs gentlemen not a play men





September 14, 2012

Pengenalan

Itu la pertama kali hati aku rasa di takluki, tetapi aku cuba untuk melupakan perasaan itu, kerana aku takut kejadian yang pernah berlaku pada suatu ketika masa dahulu akan berlaku pada diri aku lagi, aku serik, aku sudah pun berjanji aku tidak akan menyayangi sesiapa pun sehingga hati aku ini di sayangi, begitu hebat tamparan yang pernah aku lalui ketika bersama dengan teman aku yang telah menjadi sejarah dan titik hitam di dalam hidup aku suatu ketika dulu, lalu dengan pantas aku cuba melupakan perasaan aku pada si dia. Ketika aku sedang khusyuk membalut salah satu buku kesayangan milikku, datang la si dia dengan menanyakan aku soalan yang aku rasa terlalu lurus pernah aku dengar, di lontarkan persoalannya pada aku 'balut buku ke?', aku dengan perasaan serba salah lalu menjawab 'ya, buku kegemaran saya', di balas dengan senyuman terukir di bibir ku, tanpa menghiraukan kesibukkan aku yang sedang membalut, si dia bertanya 'boleh saya tengok buku tu?', dengan hanya mampu tersenyum, aku meghulurkan sebuat novel yang berketebalan 400 muka surat itu kepada si dia, aku tidak menghiraukan cara dia menghayati membaca setiap satu perkataan di buku itu tapi aku tertarik melihat senyuman dia yang seakan akan malu berada di depan aku, aku hayal dengan memandang senyumannya itu dan aku di kejutkan dari lamunan aku oleh sahabat karib ku itu, 'ha, dah berkenalan ke?', sekali lagi aku hanya mampu tersenyum dan beredar meninggalkan tempat itu membiarkan si dia yang sibuk menghayati setiap perkataan di muka surat pertama novel itu, si dia cuba berkata 'saya..' terbenti kata katanya apabila melihat aku sudah berlalu pergi, dan si dia hanya mampu tersenyum, seperti biasa, sifat kemesraan sahabat aku, Ain menanyakan pada si dia 'awak mesti nak kenal dengan dia kan? Dia memang baik, maafla, dia selalunya bukan begitu, mungkin sebab dia sibukkan, nama awak apa?' itu la yang di perkatakan oleh Ain, lantas si dia berkata 'zack, nama saya muhammad zarul hisyam tapi kawan saya lebih gemar dengan panggilan zack' di balas dengan nada yang sopan. Ain yang masih kelihatan terpinga pinga bertanyakan soalan 'zack? kenapa zack?', Zack hanya mampu menjawab dengan rela hatinya 'sebab nama asal saya ialah zack, Zachary', di ajukan lagi soalan oleh Ain 'tapi awak Islam?', 'ya saya Islam, dah 2 tahun saya menghayati Islam', itu la jawapan yang di beri pada soalan yang ditanyakan oleh Ain itu, dan Ain seolah olah mengerti akan jawapan yang diberi lalu Ain mengubah persoalaannya yang berbalik kepada aku 'awak minat dia? Nama dia Eda', Zack memandang tepat ke raub wajah Ain yang ayu mengenakan tudung yang berwarna cokelat lembut itu dan berkata 'Eda, what a nice name', Ain seolah olah mengerti yang Zack ini bukan asal dari Malaysia apabila dia mula berkata dengan berbahasa Inggeris kerana dia mempunyai accent yang mengatakan dia seorang British. Ditanyakan pula oleh Ain 'berapa lama awak dah duduk di Malaysia?', Zack yang masih lagi mendakap erat novel kegemaran aku, lalu berkata 'cukup lama untuk saya berbahasa melayu', dan perbualan mereka semakin kedengaran di telinga aku, aku yang masih sibuk menguruskan  keadaan di kediaman aku yang sangat berselerak itu, aku hanya mampu menoleh ke arah mereka dan melontarkan senyuman aku, seperti senyuman itu saja yang aku mampu lontarkan pada ketika itu.

Hari itu la merupakan titik pengenalan aku pada si dia dan juga titik keakraban sahabat karib ku dengan jejaka yang mempunyai gelaran Zack

Akan Bersambung

Just a picture from Google

September 13, 2012

M.Z.H

Muhammad Zarul Hisyam

Nama jejaka yang tak akan pernah aku lupai, jejaka yang aku temui 6 tahun lepas. Bermula la kisah kami yang semakin samar samar di ingatan aku, pada saat pertama pertemuan kami, kami mempunyai tujuan yang tersendiri, aku langsung tidak menghiraukan kedatangan si dia kerana aku juga sibuk menguruskan kerja kerja aku, aku juga tidak memandang tepat ke arah matanya walaupun aku tahu dia memerhatikan aku, lalu di sapa oleh sahabat karib aku yang bernama Ain 'cantikkan?' lalu di jawab oleh jejaka yang mempunyai ketinggian 5 kaki 8 inci itu 'sangat cantik', tanpa memikirkan siapa yang melontarkan pertanyaan itu, si dia hanya menjawab seikhlas hatinya, lalu timbul rasa tanya di fikiran si dia, 'siapakah yang bertanyakan soalan itu?', lalu dengan segeranya si dia menjawab 'maksud saya sangat lawa hiasan rumah ini', sahabat karib aku hanya mampu ketawa kecil dan berkata 'awak tahu apa maksud saya', itu la pertama kali aku melihat jejaka mukanya bertukar menjadi merah padam, seolah olah ingin menyembunyikan wajahnya di sebalik topi yang menutup setiap helaian rambutnya yang tersisir rapi itu, tetapi aku, masih lagi tidak menghiraukan akan kedatangannya di rumah aku yang serba lengkap dengan perabot perabot mewah yang mempunyai tema moden kotemporari itu, menghiasi setiap ruang dan sudut dengan barangan moden bertemakan warna yang lembut dan mewah.

Pada hari itu, aku memutuskan untuk melakukan sedikit perubahan pada kediaman aku yang di duduki bersama kedua ibu bapa aku itu, tanpa menghiraukan kejadian si dia aku meneruskan kerja kerja aku, kembali kepada sahabat karib aku yang masih lagi memerhatikan jejaka yang mempunyai mata yang kuyu itu, tidak ada sesaat pun si dia mengalihkan pandangannya yang terus menerus memandang aku, lalu sahabat karib aku mendekati aku dan berkata 'eda, ain rasa dia suka eda', lalu aku yang tidak menghiraukan pandangannya itu terus memandang ke arah mata sahabat karib aku dan berkata 'apa ain ni, dia datang kerana kerja kan', di hiraukan jawapan aku itu kerana sahabat aku masih lagi memerhatikan setiap gerak geri si dia. Ini la peristiwa yang tidak akan aku pernah lupa, ini la pertama kali aku memandang terus ke arah mata si dia yang kuyu itu, mempunyai rambut lurus dan cokelat kegelapan warnanya, matanya begitu jujur memandang tepat ke arah mata aku yang bulat memandang si dia, aku hanya mampu melontarkan kata yang terlintas di fikiran aku pada ketika itu 'hensem', itu la saat dia menanggalkan topinya dan memulakan langkah naik di atas tangga, sahabat karib aku hanya mampu ketawakan aku.


Akan bersambung

September 9, 2012

Cinta itu buta

Isn't you too young to be in serious relationship?

That is what people always told me, try to tell Mr.Love.

What define love? Well if I ask dictionary, the meaning will be;

An intense feeling of deep affection

Isn't it too obvious that you can't control your feelings? Especially love?

Yeah maybe I'm young with my age but I'm old with my experience, somehow.

Someone once told me

Love is not blind, the people are

Well that makes sense, but still, you can't stop your feelings, can you?

Complicated but wonderful

No matter how far you try to run away from love, it will always be around you, don't believe me?

Ok, tell me, do you LOVE your family?
Do you LOVE your husband?
Do you LOVE your self?
Do you LOVE your job?

Can you see the connection?

I'm not afraid being in LOVE because I find it wonderful, even I'm young, I'm trying to learn more about LOVE, what is love, why love, how is love and etc.

You know, the kind of feelings that you never gets when you're all by your self

So stop saying

Isn't you too young to be in a serious relationship

Because,

There's no limits in love or a certain age for love

While you have it

Love it, cherish it, appreciate it

Stop judging

I'm sure, you, once fall in love with a young age

Xoxo

Eda Azlan





August 6, 2012

Passion

Semua orang tahu maksud Passion, it means strong and barely controllable emotion. Saya jamin, each and everyone of you ada perasaan ni. Kenapa hari ini saya pilih passion as the word of the day, well I nak share with all of you a little bit of my passion in my life. Saya merupakan seorang designer, pereka, saya suka reka sesuatu design yang saya rasa kena pada mata saya, bila saya letak tangan saya pada kertas, saya reka sesuatu sepenuh hati saya, dengan cita rasa saya, saya create something masterpiece, tapi untuk ada ability in creating the masterpiece, first I have to have passion jadi begini la cerita passion saya.

Masa saya kecil, mama saya tak pernah belikan saya mainan, bukan kerana saya tak nak ataupun mama tak nak beli tapi mama kata dalam banyak banyak mainan saya ada, saya tetap memilih pen and paper as my game, and guess what I created my own games and rules based on my desire. I created weird stuff, weird sketches and shape, di situ mama nampak creativity yang ada pada saya lalu mama asahkan minat saya dalam mereka, or designing. Bermula la passion saya, jadi saya terapkan minat saya dalam designing, saya belajar basic dan alhamdulillah, saya seorang pereka sekarang, a designer that I always wanted to be.

Itu point pertama saya in passion.

Second point

It says that passion means strong and barely controllable emotion, this goes to love.

Saya tak nak kata seperti mana saya pernah kata dulu, di mana saya kata this is it. This time I wanna take it easy, sebab saya tak berani, saya takut saya akan rasa seperti mana saya pernah rasa sebelum ni, saya takut akan kekecewaan, jadi biar lah saya ambil masa sebanyak yang mungkin untuk mendapat kepastian sebelum saya kata this is it.

Apa yang menarik pasal this love? Ia menarik hati saya, buat saya tersenyum biarpun hari saya sangat sibuk, tapi saya tak kan tipu, ada masa saya rasa 'betul ke?' dan ada masa saya rasa 'do he really love me?' perasaan ini tak kan pernah lari dari fikiran saya, bukan kerana saya tak percayakan perasaan saya atau pun kata kata dia tapi kemungkinan kerana saya takut untuk mengaku yang saya rasa seperti mana dia rasa, I hate to admit that I miss him and I love him because I'm afraid that, this feelings will stab my back and hurt my self, like what happened before. Complicated, but he's my passion, biggest one and I'll stick to this one.

Last point

Ini passion yang tak akan pernah hilang dalam hidup saya, ke mana dan di mana saja saya akan pergi, saya akan bawa this passion. This belong to my family, mama yang lahirkan saya, abah yang sentiasa menjadi tulang belakang saya, abang abang yang sentiasa melindungi saya, walaupun kadang kadang, not sometimes, always annoying and annoyed them but they never stop loving me. What ever I do or did, they still love as who I am today, the hyper active sister and daughter, how can I replace this with anything in my life? This is my key of success and happiness, without them, I don't even know how to write. 

With this three, I have it all, passion and happiness. Not in million years, I'll let this three passion went off, I'll keep them close to my heart. 

Heart design
Love you k-pop
Love you mama, abah, abang, abang ril

Love you readers..

xoxo


July 13, 2012

Kehidupan

Siapa sangka apa akan pada hari ini, berlaku? Xde siapa pun tahu, tapi Allah itu maha mengetahui akan segala kejadian di alam ini.
Memang pada mulanya diri ni terasa amat sedih, pening kepala dan juga rasa putus asa tapi takdir telah menemukan saya dengan kebahagian, di mana kebahagiaan ini hanya la nampak di mata saya sendiri. Dalam kan maksud dia? Tapi siapa sangka, impian yang dulu menjadi angan angan saya telah pun menjadi satu kenyataan dan ia begitu indah di mata dan juga di hati saya. Saya bersyukur kerana di berikan kekuatan untuk meneruskan hidup saya tanpa melihat ke belakang, pada saya yang dah berlalu biar la berlalu, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang telah di tetapkan oleh takdir itu.
Alhamdulillah, saya mula menyedari akan kesalahan yang di lakukan dan ingin mulakan kehidupan yang baru, lebih baik dan di terima di sisi Allah swt. Insya'Allah
Dalam entri ini saya tidak akan mendedahkan atau pun mengaitkan siapa siapa, cuma ini merupakan luahan hati saya dan blog ini juga la tempat saya menceritakan kisah kisah hidup ini. Mungkin ada sesetengah mereka akan mengata saya dan sebaliknya tapi saya terima akan nasihat yang datang daripada pihak anda semua untuk membetulkan salah dan silap saya.
Tapi saya cuma nak berikan kata kata semangat kepada anda semua di luar sana, jangan mudah putus asa, kuatkan semangat dan kesabaran insya'Allah yang baik akan menyusur kehidupan kita, insya'Allah.

May 12, 2012

Hari buat Mama

MAMA (SITI SALMIYAH)
Semua orang pasti mempunyai seorang ibu, ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat, ibu saudara dan ibu sekalian, tapi tahukah kita apa pengorbanan ibu yang telah mereka korbankan untuk kebahagian kita? Ini lah kadang kadang aku tak faham dalam dunia ini, aku sering terserempak dengan mereka mereka yang kadang kala berkasar bahasa dengan ibu mereka, aku rasa sangat sedih malah ada saat aku menitiskan air mata, kerana aku tidak faham akan karenah manusia di dunia, bukan lah aku cuba kritik mereka itu, kadang kala aku juga melakukan kesilapan tapi aku tahu juga di mana batas aku sebagai anak kepada seorang ibu.

Biarlah aku mulakan cerita kehidupan aku sebagai anak kepada mama yang melahirkan aku pada satu ketika dahulu. Aku di lahirkan pada tahun 1992, pada bulan ogos jatuh pada tarikh 26 hari bulan, pada ketika itu kedua ibu bapa bukan lah orang yang berada untuk melahirkan aku di hospital mahal di luar sana, mereka memilih hospital kerajaan yang bertempat di seremban, iaitu hospital besar seremban kerana bagi mereka apa yang penting adalah anak mereka selamat di sambut ke dunia ini, bukannya kemewahan mereka untuk melahirkan aku. Ini lah pengorbanan mama aku buat pertama kali aku di muka bumi ini, percaya atau tidak pada ketika itu mama sukar untuk melahirkan aku secara normal kerana mama mengalami kesulitan melahirkan anak dan aku juga merupakan puteri bongsu dan satu satunya anak perempuan mereka, mama aku meminta doktor untuk tidak di beri ubat tidur kerana ingin melihat aku di sambut di dunia ini, dengan keadaan yang sangat perit untuk melahirkan aku, saat aku keluar dan pertama kali aku menangis, mama aku menitiskan airmata, bukan kesakitan tapi kegembiraan dengan tangisan aku pada hari itu, itu lah pengorbanan mama buat kali pertama.

Bermula lah pengorbanan yang kedua mama aku terhadap aku, pada ketika itu aku berumur 12 tahun, masa itu bulan puasa, aku bergurau dengan abang aku tapi nasib tak menyebelahi diri aku, aku terlanggar teko air lalu pecah seribu di lantai tapi yang peliknya aku dengan tak sengaja terpijak salah satu kaca yang menyebabkan kaki aku di jahit 10 jahitan, pada ketika itu, mama aku terus lupakan masakan yang ada di stove untuk berbuka dan terlupa dirinya yang sedang berpuasa lalu bergegas menghantar aku ke hospital, sekali lagi mama aku menitiskan airmatanya melihat keperitan diri aku pada ketika itu, walaupun pada ketika itu azan sudah berkumandang tapi mama sikit pun tidak menyentuh makanan untuk berbuka kerana terlalu risau akan keadaan aku pada ketika itu, mama hanya minum untuk melepaskan dahaga berpuasa, aku berasa sungguh kecewa pada ketika itu kerana membuat mama menangis.

Dan banyak lagi pengorbanan mama terhadap aku sehinggakan hari ini..

Aku menyedari bahawa terlalu banyak pengorbanan seorang ibu terhadap anak anak mereka, terlalu banyak untuk di tulis di sini tapi aku pasti kamu semua sedar akan setiap pengorbanan yang di lakukan oleh ibu kamu, jangan biarkan ibu kamu seorang, jangan biarkan ibu kamu menangis dengan sikap kamu, jangan biarkan ibu kamu mulai rasa kecewa dengan diri kamu, ingat lah pengorbanan mereka bermula pada hari kamu di lahirkan di dunia ini, jangan sia siakan ibu kamu, jangan sampai kamu terlambat untuk ucapkan tiga perkataan yang cukup bermakna pada seorang ibu, aku pasti setiap kamu tahu apa 3 perkataan yang aku maksudkan itu, 'maafkan aku mama'. Jangan menyesal apabila ibu kamu dah tiada dalam dunia ini, hargai la mereka selagi mereka masih bernyawa dan masih mampu untuk mendoakan kebahagiaan kamu di dunia dan di akhirat.

Dengan ini aku ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu sedunia..

May 11, 2012

Laman sosial

Percaya tak kalau aku kata lebih 99 peratus penduduk dunia mempunyai laman sosial seperti facebook, twitter, myspace, friendster dan lain lain yang aku tak sebut, tapi itu lah adat dunia sekarang. Zaman sekarang, orang tidak lagi meminta nombor telefon atau pun email untuk berhubung, sebaliknya mereka lebih gemar meminta nama seseorang itu di laman sosialnya. Tapi tahu kah anda apa kesan kesan mempunyai laman sosial seperti yang aku sebutkan di atas mahupun yang aku tak sebut? Huh mari aku nak berikan sedikit kesedaran bagi bagi mereka yang rasa bangga mempunyai hampir semua laman sosial yang ada di muka dunia ni, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Laman sosial ini ada baik dan buruknya tapi kebanyakannya hanya lah keburukan sahaja, keburukan yang mampu merosakkan hubungan seseorang manusia dengan seseorang manusia, tapi siapa yang sedar akan semua sebab dan akibat bila melakukan sesuatu sampai lah satu masa dia sendiri berada di dalam situasi itu, jadi mari lah aku kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku berkenaan laman sosial ini. Pada satu ketika dahulu, aku mempunyai seorang teman yang istimewa, pada mulanya aku tidak bersangka buruk tapi lama kelamaan, aku berasa tidak senang duduk, malah mula lah fikiran aku memikirkan perkara yang bukan bukan sahaja, tapi seperti sangkaan aku, naluri seorang wanita selalunya tepat, bila aku log in kan diri aku untuk melihat perkembangan rakan rakan di laman sosial aku, ada nombor satu di atas butang mesej facebook aku, aku pun tanpa menlengahkan masa, aku terus melihat apakah isi kandungan yang ada di dalam mesej itu, apabila aku mula membaca perenggan pertama, aku hampir pitam dengan apa yang aku sedang baca, mana tak nya, seorang gadis muda, umur baya baya aku, menghantar satu mesej mengatakan dia selalu bermesej dengan teman aku itu, dengan bukti gambar dan sebagainya, aku rasa seperti aku sedang bermimpi, itu lah harapan aku, hanya lah mimpi tapi itu lah kebenaran yang aku temui setelah aku meletakkan satu kepercayaan aku pada teman aku itu.

Pada saat itu, aku mulai sedar akan betapa besarnya kesan laman sosial kepada satu perhubungan itu, tipu lah kalau aku kata semua manusia mampu menolak rasa ingin tahu dan mencuba, tapi itu lah yang selalu berlaku, tipu helah, daya tarikan para para rupawan dan jelitawan di luar sana merupakan satu rasa takut kepada semua pasangan yang bercinta di luar sana, mana tak nya, siapa yang tak takut kehilangan orang yang paling di sayangi, bukan lah aku maksudkan semua orang, tapi perkara ini subjektif, jadi, anda boleh ada lama sosial ini tapi ingat lah orang yang tersayang, jangan sampai lupa diri bila sesuatu yang datang itu menarik perhatian anda, ingat lah, jika ada sudah berpunya, jangan lah bermain dengan api.