September 14, 2012

Pengenalan

Itu la pertama kali hati aku rasa di takluki, tetapi aku cuba untuk melupakan perasaan itu, kerana aku takut kejadian yang pernah berlaku pada suatu ketika masa dahulu akan berlaku pada diri aku lagi, aku serik, aku sudah pun berjanji aku tidak akan menyayangi sesiapa pun sehingga hati aku ini di sayangi, begitu hebat tamparan yang pernah aku lalui ketika bersama dengan teman aku yang telah menjadi sejarah dan titik hitam di dalam hidup aku suatu ketika dulu, lalu dengan pantas aku cuba melupakan perasaan aku pada si dia. Ketika aku sedang khusyuk membalut salah satu buku kesayangan milikku, datang la si dia dengan menanyakan aku soalan yang aku rasa terlalu lurus pernah aku dengar, di lontarkan persoalannya pada aku 'balut buku ke?', aku dengan perasaan serba salah lalu menjawab 'ya, buku kegemaran saya', di balas dengan senyuman terukir di bibir ku, tanpa menghiraukan kesibukkan aku yang sedang membalut, si dia bertanya 'boleh saya tengok buku tu?', dengan hanya mampu tersenyum, aku meghulurkan sebuat novel yang berketebalan 400 muka surat itu kepada si dia, aku tidak menghiraukan cara dia menghayati membaca setiap satu perkataan di buku itu tapi aku tertarik melihat senyuman dia yang seakan akan malu berada di depan aku, aku hayal dengan memandang senyumannya itu dan aku di kejutkan dari lamunan aku oleh sahabat karib ku itu, 'ha, dah berkenalan ke?', sekali lagi aku hanya mampu tersenyum dan beredar meninggalkan tempat itu membiarkan si dia yang sibuk menghayati setiap perkataan di muka surat pertama novel itu, si dia cuba berkata 'saya..' terbenti kata katanya apabila melihat aku sudah berlalu pergi, dan si dia hanya mampu tersenyum, seperti biasa, sifat kemesraan sahabat aku, Ain menanyakan pada si dia 'awak mesti nak kenal dengan dia kan? Dia memang baik, maafla, dia selalunya bukan begitu, mungkin sebab dia sibukkan, nama awak apa?' itu la yang di perkatakan oleh Ain, lantas si dia berkata 'zack, nama saya muhammad zarul hisyam tapi kawan saya lebih gemar dengan panggilan zack' di balas dengan nada yang sopan. Ain yang masih kelihatan terpinga pinga bertanyakan soalan 'zack? kenapa zack?', Zack hanya mampu menjawab dengan rela hatinya 'sebab nama asal saya ialah zack, Zachary', di ajukan lagi soalan oleh Ain 'tapi awak Islam?', 'ya saya Islam, dah 2 tahun saya menghayati Islam', itu la jawapan yang di beri pada soalan yang ditanyakan oleh Ain itu, dan Ain seolah olah mengerti akan jawapan yang diberi lalu Ain mengubah persoalaannya yang berbalik kepada aku 'awak minat dia? Nama dia Eda', Zack memandang tepat ke raub wajah Ain yang ayu mengenakan tudung yang berwarna cokelat lembut itu dan berkata 'Eda, what a nice name', Ain seolah olah mengerti yang Zack ini bukan asal dari Malaysia apabila dia mula berkata dengan berbahasa Inggeris kerana dia mempunyai accent yang mengatakan dia seorang British. Ditanyakan pula oleh Ain 'berapa lama awak dah duduk di Malaysia?', Zack yang masih lagi mendakap erat novel kegemaran aku, lalu berkata 'cukup lama untuk saya berbahasa melayu', dan perbualan mereka semakin kedengaran di telinga aku, aku yang masih sibuk menguruskan  keadaan di kediaman aku yang sangat berselerak itu, aku hanya mampu menoleh ke arah mereka dan melontarkan senyuman aku, seperti senyuman itu saja yang aku mampu lontarkan pada ketika itu.

Hari itu la merupakan titik pengenalan aku pada si dia dan juga titik keakraban sahabat karib ku dengan jejaka yang mempunyai gelaran Zack

Akan Bersambung

Just a picture from Google

No comments:

Post a Comment