September 13, 2012

M.Z.H

Muhammad Zarul Hisyam

Nama jejaka yang tak akan pernah aku lupai, jejaka yang aku temui 6 tahun lepas. Bermula la kisah kami yang semakin samar samar di ingatan aku, pada saat pertama pertemuan kami, kami mempunyai tujuan yang tersendiri, aku langsung tidak menghiraukan kedatangan si dia kerana aku juga sibuk menguruskan kerja kerja aku, aku juga tidak memandang tepat ke arah matanya walaupun aku tahu dia memerhatikan aku, lalu di sapa oleh sahabat karib aku yang bernama Ain 'cantikkan?' lalu di jawab oleh jejaka yang mempunyai ketinggian 5 kaki 8 inci itu 'sangat cantik', tanpa memikirkan siapa yang melontarkan pertanyaan itu, si dia hanya menjawab seikhlas hatinya, lalu timbul rasa tanya di fikiran si dia, 'siapakah yang bertanyakan soalan itu?', lalu dengan segeranya si dia menjawab 'maksud saya sangat lawa hiasan rumah ini', sahabat karib aku hanya mampu ketawa kecil dan berkata 'awak tahu apa maksud saya', itu la pertama kali aku melihat jejaka mukanya bertukar menjadi merah padam, seolah olah ingin menyembunyikan wajahnya di sebalik topi yang menutup setiap helaian rambutnya yang tersisir rapi itu, tetapi aku, masih lagi tidak menghiraukan akan kedatangannya di rumah aku yang serba lengkap dengan perabot perabot mewah yang mempunyai tema moden kotemporari itu, menghiasi setiap ruang dan sudut dengan barangan moden bertemakan warna yang lembut dan mewah.

Pada hari itu, aku memutuskan untuk melakukan sedikit perubahan pada kediaman aku yang di duduki bersama kedua ibu bapa aku itu, tanpa menghiraukan kejadian si dia aku meneruskan kerja kerja aku, kembali kepada sahabat karib aku yang masih lagi memerhatikan jejaka yang mempunyai mata yang kuyu itu, tidak ada sesaat pun si dia mengalihkan pandangannya yang terus menerus memandang aku, lalu sahabat karib aku mendekati aku dan berkata 'eda, ain rasa dia suka eda', lalu aku yang tidak menghiraukan pandangannya itu terus memandang ke arah mata sahabat karib aku dan berkata 'apa ain ni, dia datang kerana kerja kan', di hiraukan jawapan aku itu kerana sahabat aku masih lagi memerhatikan setiap gerak geri si dia. Ini la peristiwa yang tidak akan aku pernah lupa, ini la pertama kali aku memandang terus ke arah mata si dia yang kuyu itu, mempunyai rambut lurus dan cokelat kegelapan warnanya, matanya begitu jujur memandang tepat ke arah mata aku yang bulat memandang si dia, aku hanya mampu melontarkan kata yang terlintas di fikiran aku pada ketika itu 'hensem', itu la saat dia menanggalkan topinya dan memulakan langkah naik di atas tangga, sahabat karib aku hanya mampu ketawakan aku.


Akan bersambung

No comments:

Post a Comment